Powered By Blogger

Wednesday, September 3, 2014

Testimoni ESP Shaklee


TAHUKAH ANDA?


25% daripada tubuh manusia terdiri daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku,kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein.Percaya atau tidak itulah kenyataannya.

Ringkasannya,struktur dalam tubuh manusia dibina daripada susunan berikut :-


SEL ---> TISU --- > ORGAN ---> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada SEL.Kemudian.sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu.
Seterusnya tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ akan membentuk akan membentuk sistem.
Oleh sebab itu, badan kita sangat memerlukan  PROTEIN.

Ingin tahu mengapa?sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia.
Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

Setiap hari, anda akan makan lauk- pauk yang mengandungi protein bukan?
Seperti ayam,daging,telur,ikan, kekacang dan banyak lagi.

TETAPI,

Tahukah anda sebenarnya PROTEIN ini sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI?Contohnya anda goreng ikan?BERAPA banyak PROTEIN yang tinggal?Anda tak tahu kan?

Jadi,apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti.ESP dihasilkan melalui pemilihan soya protein yang berkualiti,rendah lemak dan bebas laktosa serta kolestrol.
Ini menjadikan ESP minuman yang mudah diserap oleh tubuh kita.

KANDUNGAN ESP

THIAMIN Atau VITAMIN B1

  - memberikan tenaga kepada badan 
  - menjaga dan melindungi saraf daripada mengalami kerosakan
  - menguatkan daya ingatan
  - keselesaan dalam mendapatkan tidur yang lena

IRON 

  - membekalkan zat besi yang mencukupi untuk mengelakkan anemia
  - membekalkan oksigen ke darah dan otot.

NIACIN

  - menurunkan paras kolestrol dalam darah
  - kulit menjadi sihat 
  - membantu dalam sistem penghadaman.Penghadaman yang baik membolehkan zat makanan yang       masuk dalam perut di proses dengan sempurna
  
RIBOFLOVIN
  - Sel kulit yang mati akan dibaiki dan diganti dengan yang baru dan pasti kulit anda akan bertambah     lembut dan cantik.
  - MIGRAIN adalah sakit akibat dari tekanan atau aktiviti harian yang membebankan anda.ESP             shaklee membantu mengurangkan risiko mendapat migrain.

KALSIUM
  - Kalsium adalah penting untuk gigi dan juga tulang agar menjadi kuat dan sihat 
  - Kalsium juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi yang dihidapi oleh anda.

VITAMIN B6
  - membantu mereka yang mengalami masalah INSOMNIA
  - mengurangkan masalah MORNING SICKNESS yang kerap terjadi kepada wanita hamil.




Berminat?Untuk Info Dan Order : Sheilla Abdul Said Pengedar Shaklee di daerah Beluran,Sandakan,Sabah / Penghantaran ke seluruh Malaysia
SMS/Whatsaap/LINE : 019-215 2787
https://www.facebook.com/shiela.annabdulsaid

*These statement have not been evaluated by Food And Drug Administration.These
product are not intended to diagnose,treat,cure, or prevent any disease

Penafian : segala testimoni/penulisan tentang produk yang di kongsi di laman ini
bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit









Sunday, August 24, 2014

Anak sakit


Alhamdulillah..dah seminggu berlalu sejak Adam kena tahan masuk wad sebab sesak nafas.
Ujian datang lagi membuat diri ini terus kuat menghadapinya.Sejauh mana diri ini bersyukur?
Hanya Allah SWT yang tahu.
Dengan keadaan anak-anak yang lain tidak sihat aku tinggalkan mereka di rumah bersama nenek dan adik beradik aku yang lain.
Iyad batuk-batuk,Afiah demam dan cirit birit,memang saat itu membuatkan hati mudah terguris.
Keadaan Adam yang memang agak teruk hari tu,sekali sekala aku mengesat airmata yang bergenang.


Lepas kena cucuk kat tangan tu

Ni kat kecemasan...pukul 2.30 ptg masuk sini sebab Adam demam panas dan sesak nafas.Menangis-nangis sepanjang perjalanan ke sini.Ibu pun turut menangis...menangis dalam hati.


Hari ke-2

Bangun awal...walaupun tidur x lena sebab anak kecil menangis x senang tidur.Biasalah...dah namanya wad kanak-kanak..semuanya x sihat.Aku telefon rumah tanya keadaan anak yang lain.Tapi Mummy larang nanti dorang mencari.So..tahan hati lagi saat ni.Tumpukan perhatian jaga Adam.

Hari ke-3

Ingatkan 3 hari je duduk dalam wad..tapi Doktor Lavender yang comel tu x izinkan lagi sebab pernafasan Adam x memuaskan lagi...petangnya Adam demam lagi....risau dah x boleh balik esok...


Hari ke-4

Adam bangun awal...pukul 5.00pagi..Ibu masa tu tertidur kat bawah..Nurse cucuk nak masuk ubat kat tangan tu.Adam menjerit barulah ibu tersedar terus peluk Adam kuat-kuat sambil tiup tangan yang sakit.
Hari ini Adam dah boleh balik...ooo..leganya..rasa macam nak melompat.Tak sabar nak tunggu tengahari...

Selfie dengan Adam sebelum warded



Alhamdulillah Adam dah sihat...apapun orang kata pasal anak...selagi dia x beranak dan mengandungkan anak dalam rahim..jangan banyak sokseksoksek..cakap tu biar berlapik sikit.Anak aku...aku yang rasa sakitnya...






Sunday, June 29, 2014

Bersahur dengan ESP Shaklee

1 Ramadhan

Alhamdulillah...dah berlalu 1 ramadhan...semoga amalan kita hari ini diterima Allah SWT.

Nak kongsi sket pasal bersahur pagi tadi...Bancuh Esp Shaklee ngan air kosong je.Lepas tu jamah nasi sket.
Sebenarnya amik esp ni je pon bersamaan 2 pinggan nasi.Wow?? 2 pinggan tu..?
Perut memang padat.Tenaga pon..Alhamdulillah....memang banyak perbezaan puasa saya tahun ni.
Melayan karenah anak-anak,kerja rumah,masak untuk anak,jemur kain.
Dah masuk Zohor pun saya masih cergas dan tanpa ada rasa lapar.


ESP Shaklee bukan setakat untuk tenaga.Banyak lagi khasiatnya....nanti saya terangkan entry akan datang yer..
InshaAllah...



Thursday, June 26, 2014

Marhaban Ya Ramdhan..Marhaban Ya Ramadhan




Alhamdulillah..Ramadan tahun ke-2 tanpa insan yang di cintai...Tapi Allah SWT tetap ada kan..


Wednesday, September 11, 2013

Oh Ayam Goreng Berempah


Alhamdulillah da 2 bulan menetap di bumi kelahiran sendiri.Anak-anak pun dah boleh 
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Adam dan Iyad seronok kerana ramai kawan.Ramai kawan pun jadi kawan bergaduh juga...biasalah..
budak-budak kan....

dah 2 bulan pindah bermakna dah lama tinggalkan aktiviti pergi pasar malam bawah rumah.Adam 
paling suka makan Ayam goreng berempah...begitu juga dengan Abahnya...
so...balik kerja terus menyediakan bahan-bahan dan perap setengah jam.

Ayam Goreng Berempah Kasih Sayang

Ops..dah lama x buat resipi Kasih Sayang kan...ni la menu makan malam anak-anak...
Adam dan Iyad makan penuh selera...Ibu seronok menyuap 2 beradik ni sampai bertambah-tambah nasi putih.

Alhamdulillah..bila perut dah x muat 2 beradik menyerah kalah xnak kena suap dah...padahal nasi ada lagi atas pinggan tu.

jadi tugas Ibulah yang kena abiskan nasi yang tertinggal tu...
1-2 suap tekak sudah rasa lain macam.Lapar memang lapar..tapi kenyang tengok anak-anak makan dengan senang hati.4-5 suap hati semakin sebak...sebak kerana teringatkan arwah yang sukakan resipi ni.
Airmata laju ja turun sambil sedaya upaya menghabiskan nasi hingga ke suapan yang terakhir.
Ya Allah...Kuatkanlah semangatku demi anak-anak...

Amin ya rabbil alamin...

Tuesday, August 6, 2013

Syawal Yang Syahdu



Alhamdulillah hari yang ke-56 kehilangan insan yang amat dicintai sepenuh hati diri ini masih lagi 
terus tabah dan kuat menerima ujian itu.
Alhamdulillah juga anak-anak dapat menyesuaikan diri di Sabah.

Tapi hati tetap akan menangis bila setiap hembusan nafas masih lagi 
terbayang wajahnya yang begitu tulus mencintai diri ini.
Hati akan tertanya-tanya kenapa dia pergi dulu meninggalkan diri ini...dan..
hanya Allah SWT yang tahu apa yang ada di dalam hati ini,

Belajar untuk menerima kenyataan memang pahit...
Tapi sentiasa redha dengan ujian-Nya..diri ini tahu..
pasti ada sesuatu yang menanti di hadapanku...

Syawal kali ini memang menyayatkan hati..menusuk di kalbu..
lagu raya yang berkumandang..membuatkan airmata ini akan menitis
perlahan-lahan tanpa ku pinta...
Ya Allh..berikan aku kekuatan di pagi syawal...
sesungguhnya aku masih mencuba untuk terus kuat dengan ujian-Mu....

Wednesday, June 26, 2013

Cintamu hinga ke nafas yang terakhir


ulangtahun pertama-Adam dalam peyut lagi


Adam dan Abah


Iyad dan Abah


Afiah





AL-Fatihah buat suami tercinta Mohd Fauzi Bin Md Noor