Powered By Blogger

Wednesday, September 11, 2013

Oh Ayam Goreng Berempah


Alhamdulillah da 2 bulan menetap di bumi kelahiran sendiri.Anak-anak pun dah boleh 
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Adam dan Iyad seronok kerana ramai kawan.Ramai kawan pun jadi kawan bergaduh juga...biasalah..
budak-budak kan....

dah 2 bulan pindah bermakna dah lama tinggalkan aktiviti pergi pasar malam bawah rumah.Adam 
paling suka makan Ayam goreng berempah...begitu juga dengan Abahnya...
so...balik kerja terus menyediakan bahan-bahan dan perap setengah jam.

Ayam Goreng Berempah Kasih Sayang

Ops..dah lama x buat resipi Kasih Sayang kan...ni la menu makan malam anak-anak...
Adam dan Iyad makan penuh selera...Ibu seronok menyuap 2 beradik ni sampai bertambah-tambah nasi putih.

Alhamdulillah..bila perut dah x muat 2 beradik menyerah kalah xnak kena suap dah...padahal nasi ada lagi atas pinggan tu.

jadi tugas Ibulah yang kena abiskan nasi yang tertinggal tu...
1-2 suap tekak sudah rasa lain macam.Lapar memang lapar..tapi kenyang tengok anak-anak makan dengan senang hati.4-5 suap hati semakin sebak...sebak kerana teringatkan arwah yang sukakan resipi ni.
Airmata laju ja turun sambil sedaya upaya menghabiskan nasi hingga ke suapan yang terakhir.
Ya Allah...Kuatkanlah semangatku demi anak-anak...

Amin ya rabbil alamin...

Tuesday, August 6, 2013

Syawal Yang Syahdu



Alhamdulillah hari yang ke-56 kehilangan insan yang amat dicintai sepenuh hati diri ini masih lagi 
terus tabah dan kuat menerima ujian itu.
Alhamdulillah juga anak-anak dapat menyesuaikan diri di Sabah.

Tapi hati tetap akan menangis bila setiap hembusan nafas masih lagi 
terbayang wajahnya yang begitu tulus mencintai diri ini.
Hati akan tertanya-tanya kenapa dia pergi dulu meninggalkan diri ini...dan..
hanya Allah SWT yang tahu apa yang ada di dalam hati ini,

Belajar untuk menerima kenyataan memang pahit...
Tapi sentiasa redha dengan ujian-Nya..diri ini tahu..
pasti ada sesuatu yang menanti di hadapanku...

Syawal kali ini memang menyayatkan hati..menusuk di kalbu..
lagu raya yang berkumandang..membuatkan airmata ini akan menitis
perlahan-lahan tanpa ku pinta...
Ya Allh..berikan aku kekuatan di pagi syawal...
sesungguhnya aku masih mencuba untuk terus kuat dengan ujian-Mu....

Wednesday, June 26, 2013

Cintamu hinga ke nafas yang terakhir


ulangtahun pertama-Adam dalam peyut lagi


Adam dan Abah


Iyad dan Abah


Afiah





AL-Fatihah buat suami tercinta Mohd Fauzi Bin Md Noor



Wednesday, March 20, 2013

Puteri Kami


Alhamdulillah....selamat melahirkan anak ke-3 secara C-Section..
Alhamdulillah juga..dia seorang bayi perempuan yang comel..

NUR AFIAH ( cahaya kesejahteraan ) - 8/3/2013 2.75KG



Adam,Iyad,Afiah

Iyad dan Afiah


Tuesday, March 5, 2013

39 Minggu yang Mencabar

Alhamdulillah Baby dah genap 39 minggu..kehamilan kali ini banyak perbezaan dengan 2 kehamilan sebelum ni.
Kali ni alahan,mabuk,pening hanya 3 bulan pertama dan selebihnya
En.suami yang ambil alih...terutamanya bab mengidam ni..hehehe..kesian abang..
Ada yang cakap mungkin dalam perut ni anak perempuan..Amin...memang inginkan anak perempuan sangat-sangat..tapi tunggulah dia kuar dulu yer..x lama da lagi...beberapa hari dari sekarang..
In Shaa Allah...

Yang lebih mencabar lagi bila en.suami pun turut sakit kuat...sakit apa ye?erm..xpyh citer la..biar kami jer yang tahu...
habis susu berat badan en.suami..dari berat 53kg skang dah tinggal 40kg jer..cian abang..
Tapi..Alhamdulillah skang dah semakin beransur pulih...

Anak-anak?erm..anak bujang Ibu memang aktif dan lasak..Alhamdulillah..sihat walafiat...
Nak jadi Abang la katakan....

Bila fikirkan pasal nak bersalin ni..kesian  plak nak tinggalkan mereka...
Nasib baik adik ada..bolehlah tinggalkan mereka..alah..x lama mana pun..
4-5 hari jer..In Shaa Allah..

Ok lah..barang-barang nak masuk wad pun dah packing sikit-sikit...hanya nak kuatkan mental dan fizikal jer nanti..kawan-kawan doakan saya yer..semoga dipermudahkan..
Amin Ya Rabbal Alamin..

P/s : Ibu Sayang Anak-anak Ibu.....
En.Suami..Sayang sayang Abang...

Tuesday, February 19, 2013

Tips Untuk Wanita



Bagaimana untuk Memastikan Suami  Tidak Memandang Wanita Lain

1. Rambut Terurus : Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh.Rapikan rambut walaupun anda duduk dirumah.Jangan biarkan rambut yang panjang tidak terurus dan menggerbang, sebaliknya 
dandanlah rambut agar menawan.
Selain itu rawat rambut agar sihat,berkilat dan halus.Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu.
Melihat rambut yang cantik,halus dan berbau harum pasti akan menarik perhatian suami.

2.Bibir Menggoda : Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki.Namun jika anda tidak memiliki 
bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini tarikan suami..
Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu dihadapannya
kerana ia dilihat seksi oleh suami ( Selalu buat kat rumah walaupun hanya seorang surirumah-memang berkesan )

3. Kulit Mesti Bersih : pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya,maka belajarlah menggunakan losyen....

4. Tukar Gaya Pakaian Anda Jika selalu berbaju T,Baju kelawar yang membosankan atau berkain batik 
ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut.Ketika dirumah bersama suami tidak salah kalau anda 
mengenakan  sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonnya.
Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan  keinginan suami untuk asyik bersama anda, 
apatah lagi jika ia dikenakan pada malam hari ( heheheheh....betul..betul..betul..)



Monday, February 18, 2013

Aktiviti Menjahit


Hari ini seharian dalam bilik jahit.Kerajinan itu datang tiba-tiba dan semua baju, seluar,kain di jahit dan di buang benang2 yang berserabut dan menjejaskan kekemasan baju anak.

Hari ini juga saya DIY insert sock daripada baju lama yang dah x pakai.Jimat.X payah nak beli lagi.
Insert sock boleh muat 2 helai Insert sekali..dan boleh masukkan lampin biasa untuk bagi montot anak selesa..hehehhe...seronok jer bila dah siap...


Dapat jahit 6 helai..2 helai dah pakai dah...


Boleh masukkan lampin biasa je..( stay dry ) boleh msukkan insert microfiber dan letak je atas
cover x payah dah penat2 masuk dalam poket...senang dan jimat $$$$..



Next project nak buat ni pula...


DIY Cloth Diaper Insert..





Friday, February 15, 2013

Koleksi Lampin Moden Anak-anak


Lampin Moden ( Cloth Diaper )

Mula membeli lampin moden sekitar tahun 2011 sejak saya berhenti kerja.Sekaranag CD2 anak makin bertambah...dan anak pun akan bertambah juga..hehehehe..



Bizmom,QQ Baby,Happy Flute, SunnyBaby,BabyLand,Wuddah





Sabun Pureen HAD untuk Lampin Moden...