Powered By Blogger

Tuesday, February 19, 2013

Tips Untuk Wanita



Bagaimana untuk Memastikan Suami  Tidak Memandang Wanita Lain

1. Rambut Terurus : Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh.Rapikan rambut walaupun anda duduk dirumah.Jangan biarkan rambut yang panjang tidak terurus dan menggerbang, sebaliknya 
dandanlah rambut agar menawan.
Selain itu rawat rambut agar sihat,berkilat dan halus.Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu.
Melihat rambut yang cantik,halus dan berbau harum pasti akan menarik perhatian suami.

2.Bibir Menggoda : Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki.Namun jika anda tidak memiliki 
bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini tarikan suami..
Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu dihadapannya
kerana ia dilihat seksi oleh suami ( Selalu buat kat rumah walaupun hanya seorang surirumah-memang berkesan )

3. Kulit Mesti Bersih : pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya,maka belajarlah menggunakan losyen....

4. Tukar Gaya Pakaian Anda Jika selalu berbaju T,Baju kelawar yang membosankan atau berkain batik 
ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut.Ketika dirumah bersama suami tidak salah kalau anda 
mengenakan  sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonnya.
Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan  keinginan suami untuk asyik bersama anda, 
apatah lagi jika ia dikenakan pada malam hari ( heheheheh....betul..betul..betul..)



1 comment: