Powered By Blogger

Friday, July 29, 2011

Ramadhan datang lagi....


Wah...rindunya nak melalak....
bukan melalak xde makne....
melalak nak kuarkan suare yang mantop ni...hehehhe
erm..lau suh mengaji...??..mantap ke?
huhuhuuh

Ramadhan yang mulia bakal menjelma lagi...
Alhamdulillah,kali ini kami sekeluarga berpuasa dan beraya dengan orang baru
Muhammad Iyad Fatih

semoga ramadhan tahun ini memberi sinar baru kepada kami sekeluarga..
InsyaAllah....


Thursday, July 21, 2011

Nyawa

Hari ke-9 berpantang..
bekas jahitan perut di belah untuk kali yang ke-2 masih terasa sakit.
bukan nak merungut..tapi itulah hakikatnya insan sepertiku yang tiada peluang untuk merasa
bersalin secara normal...
16/5/2010 aku terpaksa melahirkan Adam secara pembedahan kerana jalan x buka langsung
selepas 3x masuk ubat..di Hospital Putrajaya.Aku dibius separuh badan dan dapat mendengar apa yang berlaku di dewan bedah tersebut termasuklah tangisan nyaring dari bayi pertamaku.
Aku bersyukur kerana aku masih di berikan peluang untuk hidup bersama insan yang aku cintai.
14/7/2011 sekali lagi aku terpaksa melahirkan anak ke-2 secara pembedahan kerana bayi IUGR-tumbesaran terbantut.Kali ini proses yang sama iaitu bius separuh badan..tapi aku terasa seperti di bedah hidup2 tanpa bius.Perutku di belah dan terasa seperti di koyak2...Ya Allah..Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku masa tu.Yang keluar dari mulutku adalah Dua Kalimah Syahadah dan bermacam2 doa yang terlintas di otakku..
bila bayi kecil seberat 2.46kg hendak dikeluarkan..sekali lagi aku rasa seperti nyawaku tercabut dari jasadku...AllahuAkbar3x...memang sakit sangat2...masa bayi mengeras 2-3 orang menekan perutku untuk memaksanya keluar..aku dah mengerang2 kesakitan yang amat sangat.
Bayangkan dada kita diberi tekanan yang kuat...sakit kan...?
Bila bayi dah selamat keluar dari perutku yang terbelah..kesakitan itu aku lupa buat seketika setelah melihat bayi kecil ini yang lahir cukup sifatnya...Alhamdulillah....
Sekali lagi aku merasa kesakitan yang amat sangat apabila mereka hendak menutup dan mejahit semula perutku yang terbelah.memang terasa surgical blade yang tajam tu siot....ni kan pula hendak menjahit...
semasa hendak mengeluar bayi tersebut aku dah mula mengerang2 kesakitan yang amat sangat..sehingga dapat melihat dan mendengar mereka ni menggelabah sambil menjerit2 untuk memanggil SPECIALIST...aku pun tak tahu siapa yang mereka maksudkan..tapi aku terasa seperti nyawaku setakat di sini sahaja.
Bia mereka mula gelabah..mereka putuskan untuk bius aku sepenuhnya.x sampai 5 saat aku dah lupa apa yang terjadi selepas itu.

Bayi ke-2ku lahir/keluar dari perut pada 2.11ptg 14/7/2011-tapi aku sedar pada pukul 4ptg..itupun masih separuh sedar...mereka memanggil2 namaku dan aku membuka mata perlahan2...apa yang aku rasa adalah kesakitan di bahagian perut.memang sakit...mereka bagi benda kecil dan membebel entah apa kerana aku masih separuh sedar.
Insan pertama yang ingin aku lihat setelah sedar adalah suamiku..aku risau tidak dapat menatap wajahnya..

4.30ptg itu yang aku nampak di jam dinding bilik pemulihan sebelum masuk wad.
'waktu melawat'.....aku mencari2 suamiku...risau...setelah beberapa minit kemudian...aku lihat mummy,adam dan suamiku sampai...itupun aku masih tidak berdaya kerana kesan bius masih ada.

Alhamdulillah...aku semakin sihat dan kuat setelah melalui saat yang begitu memberi kesan mendalam bagiku.Trauma untuk masuk dewan bedah.Mungkin inilah dugaan yang Allah berikan padaku....aku Redha...dan bersyukur kerana masih bernyawa sehingga saat ini.

Buat yang tersayang..

Suamiku....En Mohd Fauzi
Heroku...Muhammad Adam Firdaus & Muhammad Iyad Fatih

Wednesday, July 20, 2011

Abang,Adam,Adik...






Alhamdulillah...aku dah selamat melahirkan anak ke-2 secara pembedahan sama seperti anak pertamaku.Syukur Ya Allah kerana masih memanjangkan usiaku untuk melaksanakan tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu.

Abang...iaitu suamiku..
Terima kasih di atas segala-galanya..
Abanglah penguat semangatku...
Abanglah kekuatanku....
Sayang..sayang...Abang

Adam...hero pertamaku..
Adam dah jadi abang...
Adam semakin bijak...
Adam bukti kasih sayang Ibu dan Abah...
Adam..

Adik..hero keduaku
Adik hadir tanpa di duga..menguji Ibu dan Abah..
Adik pengukuh kasih sayang Ibu Abah dan Abang Adam
Adik adalah segala-galanya..

Adam dan Adik..Buah Hati Ibu dan Abah...

Saturday, July 2, 2011

Rezeki

Rezeki?setiap org ada rezeki mereka masing2...bezanya...atas dari usaha kita sendiri..
ada yang duduk goyang kaki kat umah...duit masyukk jer....x kisahlah...tu rezeki mereka..
ada juga org tu membanting tulang 4 kerat untuk menyara keluarga..sehinggakan xde masa untuk keluarga..sbb nak mencari rezeki tuk anak bini....
ada juga yang langsung x hingat umah sbb bz dengan perniagaan yg ada d luar negara..dalam negara...whatever la...tu sbb rezeki mereka..

Rezeki x semestinya dengan wang ringgit..byk maksud rezeki ni...tp..mlslah nak hujah panjang lebar...cuma hati ini bagai d garuk2 ngan garpu apabila ada org terasa dengan hujah aku kat pesbuk...xperla...kalau dia terasa...sorry la...bkn nak menyindir....tu rezeki dia..aku xda hak pun...dia senang..alhamdulillah...bkn aku nak tumpang pon...yang penting..kita mencari rezeki yang HALAL.....x kira apa cara sekalipun...

Aku?aku bersyukur dengan rezeki yang Allah S.W.T berikan padaku...rezeki yang sememangnya bukan senang untuk orang dapat....SYUKUR ALHAMDULILLAH...




p/s : sape yg makan cili dia yg terasa pedasnya...