Powered By Blogger

Wednesday, September 11, 2013

Oh Ayam Goreng Berempah


Alhamdulillah da 2 bulan menetap di bumi kelahiran sendiri.Anak-anak pun dah boleh 
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Adam dan Iyad seronok kerana ramai kawan.Ramai kawan pun jadi kawan bergaduh juga...biasalah..
budak-budak kan....

dah 2 bulan pindah bermakna dah lama tinggalkan aktiviti pergi pasar malam bawah rumah.Adam 
paling suka makan Ayam goreng berempah...begitu juga dengan Abahnya...
so...balik kerja terus menyediakan bahan-bahan dan perap setengah jam.

Ayam Goreng Berempah Kasih Sayang

Ops..dah lama x buat resipi Kasih Sayang kan...ni la menu makan malam anak-anak...
Adam dan Iyad makan penuh selera...Ibu seronok menyuap 2 beradik ni sampai bertambah-tambah nasi putih.

Alhamdulillah..bila perut dah x muat 2 beradik menyerah kalah xnak kena suap dah...padahal nasi ada lagi atas pinggan tu.

jadi tugas Ibulah yang kena abiskan nasi yang tertinggal tu...
1-2 suap tekak sudah rasa lain macam.Lapar memang lapar..tapi kenyang tengok anak-anak makan dengan senang hati.4-5 suap hati semakin sebak...sebak kerana teringatkan arwah yang sukakan resipi ni.
Airmata laju ja turun sambil sedaya upaya menghabiskan nasi hingga ke suapan yang terakhir.
Ya Allah...Kuatkanlah semangatku demi anak-anak...

Amin ya rabbil alamin...

No comments:

Post a Comment